Sunday, October 17, 2010

Pandngan Peribadi Ttg Bajet...

Ahad...17 Okt 2010...

Cuaca semakin sejuk...mula dh memakai jaket tebal...in fact ade yg dh mula pakai sarung tangan...

ok minggu ni aku nk dedicate ruangan ni utk menulis ttg bajet...yessssssssssss....wlpun pengetahuan aku ttg ekonomi amat terhad tp sbg warga Msia aku rase aku juga ade hak memberi pandangan...heheehehehe...

1) First n foremost...aku rase perkara pokok yg jarang d nukil atau d beri perhatian ialah keperihatinan msyarakat Msia mengambil tahu ttg BAJET...yessssssssssss...dr kakitangan awam...pekerja bank...suri rumah hinggalah kpd petani dan pekebun sayur...sume mula memberi perhatian terhadap bajet...aku rase tk salah kalu aku anggap msyrkt Msia adelah msyrkt yg amat mementingkan bajet negara mereka...tahniah Malaysian...serius...now...ini menunjukkan kesedaran yg tinggi terhadap ape yg d buat oleh pemimpin negara...aku rase minat dn kecenderungan msyrkt terhadap bajet ni timbul pd zmn Tun Mahathir...ye la kalu tk silap aku ini la mase kakitangan awam d beri bonus same spt rakan2 mrk d pihak swasta...so bygkan 1.2 juta kakitangan awam so of coz setiap rakyat Msia kenal at least sorang kakitangan awam so ni la impact nyer biler sesuatu dasar tu berkait dgn kelompok ini so seluruh negara akan prihatin....hehehehehe...
2) Aku rase xpectation org tinggi t'hadap bajet kali ini sbb br je kite d bentangkan dgn RMK10 lps tu NEM...NKRA etc...tp semua nyer dlm bentuk dasar umum...so ramai esp yg lebih "prihatin" mengharapkan bajet ni akan beri sekurang2nyer contoh pelaksanaan dasar2 umum tersebut...kite perlu ingat msyrkt terbanyk sukar memahami istilah2 ekonomi atau retorik politik...mrk mau melihat atau mampu men"visualisasikan" ape yg d gubal secara umum tu...
3) Well dua perkara yg aku sebut kt atas adelah senario nyer...so kite kena paham ni...then br kite paham "mood" msyrkt terbyk...wahhhhhhhhhhhhhhh...Jai...this wld be Sosiologi Politik 101...opsssssssssss...ingat tu...kena paham psikologi n bukan semata2 ekonomi...sbb yg mengerakkan bajet tu ialah msyrkt terbyk bukan golongan elitis....
4) Aku tk nk komen isu2 ekonomi...tp aku akan fokus ttg pembangunan bandar n wilayah yg menjadi antara fokus bajet kali ni...
a) Fokus pd infra esp highway...elektrik...hospital...amat bertepatan n kudos....now...aku nk komen ttg MRT...sbb d anggar kan kadar utilisasi pengunaan pengangkutan awam akan meningkat 40% once MRT ni siap...hmmmmmm...aku tk pasti pengiraan ni d buat bagaimana...cume aku harap Suruhanjaya Pengangkutan Darat yg baru wujud tu akan mengkaji betul2 sistem yg ade n perlu d beri kuasa mutlak utk bt keputusan...sbb aku pelik kenapa kita ade sistem atau operator berbeza2 utk pengangkutan awam ni...lihat je LRT ade 2...lps tu teksi kt KL aku tk tau berapa byk syrkt yg wujud...lps tu bas pun same...aku rase kite kena wujudkan sistem mcm kt sini..sume pegangkutan awam i.e. berasaskan rel n bas d kawal oleh satu badan...teksi lain...so ia lebih cekap...welll tk semudah itu tp it works...now...masalah nyer dgn kite ialah kite nk wujudkan golongan USAHAWAN so kite pecah2kan supaya setiap satu nyer akan beri faedah n wujudkan golongan USAHAWAN ni...hmmmm...selagi kite bfikir begini n basis perancangannyer spt ini then aku tk yakin sistem pengangkutan awam ni d KL akan improve...sorry...realiti ok...kalu korang tk percaya baca la mane2 research yg d buat ttg sistem pengangkutan awam d KL...sume akan ckp perlu ade satu syrkt yg kawal sume...
b) Peruntukan utk pembangunan koridor2 yg wujud aku rase masih menfokus kpd wilayah2 maju...manakala content tumpuan juga aku rase masih kpd industri berasaskan sumber alam dn bukan nyer berasaskan pengetahuan...fokus masih kpd sektor pelancongan...aku rase kite kena beralih pemikiran...
c) aku nk tulis lagi pasai benda2 lain tp aku rase malas...opssssssssssssss...hahahahahaha...so Jai...sambung.....
Ramai dok fokus pd Bangunan 100 tingkat...hmmmmmm...sape yg tulis speech tu aku ucap tahniah...dia mmg bijak alih perhatian...dia mmg sorg yg terlatih dlm psikologi msyrkt...I"m impress...kalu korang tanyer aku sebenarnyer bajet ni aku kire tk de ape yg istimewa pun tp cube korang tgk fokus org ramai kt mane....hmmmmmmmm...bijak...aku mmg salute sape yg tulis speech tu n sape yg bt research tu....
ok la uolssssssssssssssss...I letih...drpd aku dok menulis ttg bajet baik aku baca jurnal aku...hehehehehe...
Salam....ciaooooooooooooooooooooo....

9 comments:

azzayd said...

k-based economy tu nak kena nko balik n abis PHD baru depa nak detail kan...mungkin budget 2 tahun lagi? Sah la nko masuk EPU pasni uollssssss

Unknown said...

azzayd...
opssssssssssssss..tp ni mmg komen ikhlas uolsssssssssss...kite terperangkap antra realiti dan mimpi...kemahuan dan keEgoan...wahhhhhhhhhhhhh...

SeMiN said...

Salam kengkawan... lama x dpt on9... so sumer xtvt dunia maya terhenti. owh nak juga bg pandangan ttg bajet nieh... x dpt dinafikan bajet nie ada banyak juga kebaikan tp.. tak kurang juga dengan dengan kecacatan yg amat ketara... maka secara x langsung.. klu ada kengkawan yg berpandangan ianya tak banyak keisrimewaan, lebih kpd retorik politik mahupun 'lack of legitimacy'..tsgtlah ada kebenarannya.

Dari segi agihan peruntukan, terdapat juga agihan yang nampak agak tersasar dari matlamat utama bajet yg bertujuan membawa manfaat kepada seluruh rakyat. Tak tahulah sama ada pembuat dasar sedar atau tidak. Rasanya amat jelas pioriti yg diberikan kpd sesetengah projek kurang menepati 4 strategi utama bajet. tak cakap pun org tahu projek apa hehehe...

Penekanan kepada keseimbangan pembangunan wilayah jg nampaknya agak kurang diberatkan dalam bajet nie... ini jelas dapat dilihat dlm aspek pembangunan koridor wilayah2 yang lebih kecil peruntukannya berbanding beberapa projek lain contohnya projek warisan merdeka..yg pd pendapat aku memberikan kesan penggandaan ekonomi yg lebih kecil berbanding pembangunan koridor wilayah ekonomi.

Penglibatan pihak swasta dalam mengimbangkan kemampuan pembiayaan kerajaan dalam pembangunan negara juga masih belum menyeluruh dan sekali lagi..sgt bertumpu sekitar wilayah tengah semenanjung Msia khususnya sekitar WPKL. Tentang projek 300-Mwatt combined-cycle gas power plant di Kimanis... hmmm..menimbulkan persoalan yg agak besar di benak... apakah pembinaan bakun yg menelan belanja berbilion RM masih belum mampu membekalkan tenaga yg cukup keseluruh Msia timur?... walaupun ini inisiatif pembiayaan swasta-awam tp akan menimbulkan was2 akan wujudnya pork barrel politics ... tp klu betul boleh manfaatkan rakyat dan negara dlm jangka panjang tak apa lah... boleh diterima lah...

Strategi keempat memperkasakan penyampaian pkhd awam pun dengarnya sgt indah jika nak dibandingkan dengan langkah2 sebenar yg disarankan dalam bajet... adakah langkah cukup dgn MyCoID, penambahbaikan proses pendaftaran hartanah dan beberapa urusan dengan private, pembubaran PTK utk digantikan dgn sistem baru serta sedikit imbuhan kpd penjawat awam sudah mampu utk melonjakkan pkhd awam ketahap 'perkasa'?... harap2 kenyataan/saranan dalam bajet tuh belum cukup menyeluruh dan masih banyak lg yg tertinggal dan tak muat utk dimasukkan dlm ucapat bajet tuh...

Owh banyak lagi yg boleh kita fikir bersama untuk menambahbaik bajet nie pd masa akan datang... tp dah tak larat nak tulih... tp adalah diingatkan.. nie bukan lah pandangan untuk menjatuhkan tetapi sekadar pandangan utk kita sama2 renungkan demi kebaikan negara yg kita cintai.

Akhir kata Sama2 lah kita merealisasikan bajet 2011. salam.

SeMiN said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Semin...
Wah..wah...muncul kembali...I likeeeeeeeeeeee...tp kn nk tanyer pork barrel politic tu ape?...opsssssssss...porky pork sgt....hahahahahahahaa...
btw Semin jgn lupe ye...nnt I pulak tputus hubungan d alam maya...tq

a.z.z.a.y.d said...

Rem "pork barrel" politics tu samalah dgn "bringing back the bacon" politics kalau kat US,kan Semin??...for u to find out..heehehehe

porky pork ? ewwwwwww ( tapi perasan tak product2 makanan berasaskan pork kat negara2 barat ni nampak cantik dan sedap kan? kejis tak?)

Unknown said...

azzayd...
porky pork mmg...heheheheehehe....

Aliff Firdaus said...

Wah dasyat u ols sumer kupas pasal bajet.Sesuailah ngan tahap & umur u ols kan oppsss..

Aku x nak komen sgt pasal apa yg dh dibentangkan sbb pada aku yg jahil ni, sblm sesuatu bajet sbnr dibentangkan perlu ada rangka asas yang rakyat boleh tengok dan nilai serta buat teguran untuk pembaikan sblm bajet sebenar dibentang..ntah aku tak tahu tp dr sudut pemikiran org bukan ekonomi mcm aku ni lebih kurang cm tu la..bukan kita nak pastikan ia akan memenuhi kehendak semua pihak tapi lebih kepada bagaimana kita nak memastikan bahawa bajet sebenar adalah betul2'bajet idaman'...memang susah memuaskan hati semua orang tapi setidak2nya kita ada usaha membantu rakyat terhadap penyusunan bajet peribadi masing-masing.Jika kita nk tunggu tahun berikutnya utk buat penambahbaikan selalunya ia tak kan berlaku sbb setiap tahun pendekatan bajetnya adalah sgt berbeza...

Rakyat tak mahu tahu apa itu model ekonomi baru,NKRA bla bla bla..percayalah...terutama di kampung2.Malah diorang pun tak kan check pun ada tax ke tidak sesuatu barangan tu..kalau murah diorang kata murah dan kalau mahal diorang kata mahal..prinsipnya mudah sgt.So tak payahlah sibuk buat tour 1 malaysia ni utk penerangan ttg model ekonomi baru malaysia.Yang datang pun cuma org yg diPAKSA datang dan duduk mendengar dgn kepala menerawang kpd benda2 lain.

Bajet tahun depan ada yg mengejutkan juga.Atas rasional apa bangunan 100 tkt tu nk diwujudkan.PNB kata ia tak guna duit kerajaan pun..IYALAH SANGAT!!!..dgn modal RM5 billion tu, berapa banyak benda lain yg lebih penting boleh digunakan.Kalau tak guna duit kerajaan, kenapa perlu disebutkan ketika bajet.Untuk menunjukkan kemajuan dan kejayaan malaysia selepas merdeka bukaan itu caranya.Kita selalu tersilap menafsir kemajuan dan kejayaan.Banyak bangunan tinggi2 di merata Malaysia ni bukan dilihat sbg hebat dan majunya Malaysia tetapi hanya akan terus MELUNTURKAN kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mengimbangi keperluan kewangan negara dengan keperluan hakiki masyarakat...

Kita nk buat MRT??wah dasyat.Zahirnya nampak mcm kita nak atasi mslh pengankutan awam di malaysia khususnya di klang valley tetapi selagi mslh pengangkutan awam sedia ada tidak diselesaikan maka kita hanya akan menambah masalah lain.Sistem pengangkutan awam sedia ada skrg ni pun sbnrnya tidak memberi kepercayaan yang tinggi kepada masyarakat.Maka, sbb itulah masalah trafic jam tak pernah sudah2 walaupun dh ada LRT,komuter,monorel etc...di jepun msyrktnya sgt obses dgn pengangkutan awam.Kenderaan peribadi hanya digunakan ketika cuti umum atau ketika mahu ke luar bandar sahaja.Berbeza di Malaysia, org lebih selesa naik kereta sendiri sbb pengangkutan awam yg ada merimaskan.Nak tunggu LRT & Komuter kena ambil masa yg lama, itu belum ditambah dengan sistem yang kerap kali tergendala.Di Jepun dan UK, sistem pengangkutan awamnya sgt efisyen.Kita tak perlu nak berebut2, menunggu terlalu lama,kena keluar subuh2 hari atau kepanasan di dalam train. Itu belum termasuk sistem parking awam yang memang hancur lebur..

Ok lah..aku malas nk cerita panjang2 lagi sbb benda ni dh berlaku.Kepada u ols yg senior2 yg akan jd pentadbir negara x lama lagi ni kena la tengok dan dengar apa sebenarnya yg rakyat nak bukan apa yg kita cuba sogok kepada rakyat..berbeza memenuhi kehendak rakyat dengan menyogok kepada rakyat...rakyat dh semakin terpelajar kerana msyrkt yg kurang berpelajaran sudah semakin menghilang di perut bumi..jika kita fikir rakyat skrg akan puas dgn apa yg kita cuba sogokkan, maka jangan terkejut kalau2 nanti baik yang kita harapkan tapi bala yang mendatang...renung2kan...

Unknown said...

Aliff Firdaus...
wahhhhhhhhhhhhhh...sape yg senior tu???? amboi2 insurans ke?...